TERAS utama ARMANSUR adalah perniagaan berasaskan penddikan. Jadi, ARMANSUR sama sahaja dengan perniagaan berasaskan pendidikan yang lain. Cuma bezanya, ARMANSUR mengutamakan 'padat dan tepat'. Ilmu-ilmu pendidikan 'dipadatkan' dan disampaikan dengan tepat kepada yang memerlukan. Hanya yang tepat dan diperlukan sahaja. Contohnya, ilmu perniagaan yang diajar di universiti sehingga 4 tahun itu dipadatkan menjadi 4 hari sahaja. Hanya yang penting dan tepat sahaja dipadatkan, jadi ia dapat disampaikan dalam masa yang singkat.

Bukan itu sahaja. Hanya ilmu yang boleh digunakan untuk menangani hidup sahaja akan disediakan oleh ARMANSUR. Bukankah itu sebenarnya fungs ilmu? Supaya boleh digunakan untuk menangani hidup di dunia dan akhirat?

 

Selain pendidikan, ARMANSUR bercadang merangkumi pelbagai perniagaan yang telah dikenal pasti boleh dijayakan dengan cemerlang. Setiap bisnes diuruskan oleh sekumpulan pengurus yang terlatih dengan membawa satu matlamat iaitu kejayaan bersama. Jenis perniagaan akan ditambah dari semasa ke semasa mengikut kemampuan, kekuatan, pengurusan dan kewangan.

Akademi Armansur
INILAH teras utama bisnes ARMANSUR. Pendidikan bagi yang memerlukan disalurkan melalui kursus, seminar, kelas khusus. Akademi Armansur memastikan ia adalah benar-benar ilmu yang boleh digunakan untuk menangani hidup, bukan 'motivasi' dan hype. Impak diutamakan!
Ketahui Seterusnya >>
Bisnes-Bisnes Lain
SELEPAS kejayaan di dalam bisnes berasaskan pendidikan, tentulah ada peningkatan bisnes. Peningkatan berikutnya adalah bisnes berasaskan kesihatan dan jaringan. ARMANSUR WELLNESS adalah bisnes berasaskan kesihatan. JUM (Jaringan Usahawan Maju) pula bisnes berasaskan jaringan.

Ketahui Seterusnya >>